Monday, 30 March 2015

BBN 3402 (5) Impromptu Translation

Assalamualaikum dan selamat pagi. Bagaimana hari kamu semalam? Tahu atau tidak mengapa ramai yang menggunakan perkataan lots dari Loads. Jika di England, loads bermaksud banyak sangat. Hari ini kita akan melakukan sedikit aktiviti. Kita akan menulis. Tidak perlu menggunakan komputer. Tutup komputer kamu. Baiklah, apa yang telah berlaku pada hari ini? Mengapa jika Ferrari terbakar ada sahaja berita tentangnya manakala jika ianya mengenai kereta Myvi, tidak pula dimasukkan ke dalam berita? Saya tadi tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. Saya ingat ada kemalangan kerana ada dua ambulan yang lalu tapi sampai ke kajang dan bangi tidak ada apa yang berlaku. Tipikal Malaysia selalu menghentikan kereta apabila berlaku sesuatu sehingga jalan sesak. Apakah makanan kegemaran kamu? Tahu atau tidak saya buat akaun Instagram semata-mata kerana makanan. Saya tengok lempeng yang berlapis-lapis dan disalut dengan coklat.

No comments:

Post a Comment